1. Ketuhar (Oven)
Ketuhar sama ada yang menggunakan elektrik atau gas. Pastikan ketuhar mempunyai 2 level pembakar (atas dan bawah) agar kek atau biskut dibakar dengan setara dan sekata.
2. Pengukus
Pengukus diperlukan untuk kek yang mengunakan teknik kukus. Contoh kek Coklat Lembap (Moist Chocolate Cake)
3. Pengadun (Mixer)
Selalunya kita gunakan 2 jenis pengadun kek ini. stand mixer dan hand mixer.
Stand mixer adalah lebih mudah dikendalikan untuk memgadun bahan. Hanya perlu masukan semua bahan dan ia diadun kemudian dimasukan ke loyang. bagi hand mixer kadangkala perlu mengunakan tangan dan selalunya hand mixer ni mempunyai mangkuk adaunan yang kecil.
4. Penimbang dan penyukat bahan
Untuk membuat kek adalah sangat penting agar semua bahan ditimbang dan disukat dalam kuantiti yang tepat. Sekirangnya tidak disukat dan ditimbang dengan tepat, kek tidak akan menjadi (selalunya kek menjadi keras dan tidak naik.
5. Pengayak
Untuk mengayak bahan-bahan kering seperti tepung, gula, koko dan lain-lain.
6. Pengadun
7. Loyang
Loyang pelbagai bentuk mengikut citarasa.
Loyang ini biasanya digunakan untuk membuat cheese kek kerana bahagian tepinya boleh dibuka dan tapaknya boleh ditanggalkan untuk memudahkan kek itu dikeluarkan.
Loyang ini digunakan untuk membuat kek cawan (cup cake). Cawan kek diperlukan sebelum disusun didulang pembakar. Terdapat pelbagai variasi corak dan warna serta bentuk untuk kek cawan ini.
kukus... grill.. panggang.. kukus!
ReplyDelete