Friday 16 November 2012

Peralatan asas untuk membuat kek.

1. Ketuhar (Oven)

Ketuhar sama ada yang menggunakan elektrik atau gas. Pastikan ketuhar mempunyai 2 level pembakar (atas dan bawah) agar kek atau biskut dibakar dengan setara dan sekata.
 
 
2. Pengukus
 
 
Pengukus diperlukan untuk kek yang mengunakan teknik kukus. Contoh kek Coklat Lembap (Moist Chocolate Cake)
 
 
3. Pengadun (Mixer)
 
 
 
Selalunya kita gunakan 2 jenis pengadun kek ini. stand mixer dan hand mixer.
Stand mixer adalah lebih mudah dikendalikan untuk memgadun bahan. Hanya perlu masukan semua bahan dan ia diadun kemudian dimasukan ke loyang. bagi hand mixer kadangkala perlu mengunakan tangan dan selalunya hand mixer ni mempunyai mangkuk adaunan yang kecil.
 
 
4. Penimbang dan penyukat bahan
 
 
Untuk membuat kek adalah sangat penting agar semua bahan ditimbang dan disukat dalam kuantiti yang tepat. Sekirangnya tidak disukat dan ditimbang dengan tepat, kek tidak akan menjadi (selalunya kek menjadi keras dan tidak naik.
 
 
5. Pengayak
 
 
Untuk mengayak bahan-bahan kering seperti tepung, gula, koko dan lain-lain.
 
 
6. Pengadun
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

 
 
 
 
7. Loyang
 
 
 
 
Loyang pelbagai bentuk mengikut citarasa.
 
 
 
Loyang ini biasanya digunakan untuk membuat cheese kek kerana bahagian tepinya boleh dibuka dan tapaknya boleh ditanggalkan untuk memudahkan kek itu dikeluarkan.
 
 
 
Loyang ini digunakan untuk membuat kek cawan (cup cake). Cawan kek diperlukan sebelum disusun didulang pembakar. Terdapat pelbagai variasi corak dan warna serta bentuk untuk kek cawan ini.
 
 

Assalamualaikum.

Waduhh, baru sekarang le saya boleh "mengusahakan" blog saya ni. Masa benar-benar tak mengizinkan saya untuk berjinak-jinak dalam dunia IT ni. Walaubagaimana pun... jeng3x ini lah hasilnya. Akan saya kotakan pada diri sendiri untuk "mengupdate" seberapa yang boleh.
 
Well, hari ni sudah masuk hari kedua dalam Tahun Baru Kalender Islam. Tak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru Hijrah. Semoga penghijrahan kita selepas ni kearah kebaikan dan didalam keredaan ALLAH SWT. Amin.
 
Alhamdullilah.
 
 

Wednesday 31 October 2012

Red Velvet Cupcake

Minggu lalu beberapa kali saya buat Red Velvet Cupcake atas permintaan keluarga dan rakan. Kek lembut, dengan cream cheese topping dan manik hati berwarna merah (edible) untuk Hari raya Aidiladha, bawak pegi opis dan saja makan-makan kat rumah.

Addin Kitchen RedVelvet Cupcake

Untuk resipi Red Velvet Cupcake ini, sila lihat kolum recipes ya. Mudah sahaja membuatnya.

Susun susun nampak comel