Homemade


Fondant



Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )

63 ml air

1 sudu besar gelatin halal (ada dijual di kedai kek)

125 ml sirap glucose

1 1/2 sudu besar gliserin

2 sudu besar lemak sayur (shortening)

1 kg gula aising

Pewarna pilihan

Cara-cara

1.  Kaedah double boiled digunakan utk membuat fondant ni.

2.  Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (Tunggu dalam 1min) supaya gelatin kembang.

3.  Double boiled bahan tadi. Kacau gelatin sehingga larut.

4.  Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut. Kacau sehingga semuanya laru dan sebati.

5.  Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit.

6.  Setelah bahan agak sejuk (suam2), masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan).

Doh yang sudah siap
  

7.  Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.

8. Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga mendapat warna pilihan.




9.  Akhir sekali proses membentuk doh dengan mengunakan acuan yang diminati.

No comments:

Post a Comment